Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM akhiri Keberangkatan Rasmi
29/04/2024

hm_2904245.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bertolak meninggalkan Bangkok setelah selesai mengadakan Keberangkatan Rasmi ke Bangkok, Thailand selama dua hari bermula 28 hingga 29 April 2024. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Hadir di Suvarnabhumi International Airport bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga, Tuan Yang Terutama Pirapan Salirathavibhaga, selaku Menteri Pengiring; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai. 

Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Thailand, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, serta para pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar NBD di Bangkok.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​